Tuesday, July 17, 2012

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini menyepi, hari ini  diberi izin dan kesempatan oleh Allah  untuk cuba menyambung cerita tentang KAMI..KAMI yang masih bersatu, walaupun menyepi di sini tapi masih tetap ceria dengan pelbagai cerita di alam realiti..

Semester 4 yang sudah sebulan bermula, semakin ceria lagaknya warga J!7..Ukhwah yang terbina semakin erat, penuh dengan guaruan dan senda.

Cerita terbaru KAMI sudah tentunya nak cerita tentang BIG fasa 4 di Kuala Gula. Alhamdulillah, dengan berkat doa dan kerjasama semua pihak, program berjalan dengan lancarnya.Tahniah buat semua warga J!7 dan J3!.Kerjasama yang membawa kepada kesepaduan.;)


Menyelami kehidupan masyarakat nelayan, memberi pengalaman yang baru buat kami.Rata-rata penduduk Penempatan Semula Kampung Tersusun, Kuala Gula adalah bekerja sebagai nelayan.Kehidupan mereka kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun mereka di situ amat gigih mencari rezeki pagi,petang mahupun malam. Mengambil upah kopek kerang menjadi rutin harian penduduk kampung untuk menambah sumber pendapatan.Walaupun hanya mendapat RM0.80 untuk 1 kilo isi kerang kelihatan tiada langsung riak kebosanan dan letih di wajah mereka.Kulit kerang juga dijual dengan harga yang murah iaitu hanya RM1 bagi satu guni kulit kerang untuk diproses menjadi kapur kasut.

Banyak sebenarnya pengalaman menarik yang dirakam di sana selama 3hari 2 malam bersama keluarga angkat. Pengalaman menaiki bot melihat keindahan persisiran Kuala Gula amat seronok sekali. Tapi kami tak berkesempatan untuk pergi lebih jauh sebab keadaan air yang bergelora,takut ada yg mabuk katanya....

Sebelum pulang ke darat semula kami sempat juga singgah sebentar untuk melihat ketam lembut.Memang lembuat boleh dimakan tanpa membuang cengkerang. Ketam lembut dijual dengan harga yang agak mahal iaitu RM30 untuk sekilo sesuai dengan keenakan rasanya. KAMI begitu teruja untuk melihat dan memegang ketam lembut sehinggakan ada yang mati di belek oleh kami yang pertama kali melihat ketam lembut.Huhu~

Kami juga ditunjukkan cara untuk menangkap kerang di pesisiran Kuala Gula.Penangkapan kerang agak mudah untuk dilakukan dengan menggunakan alat khas yang dibuat.Namun, teknik yang betul mesti dilakukan sekiranya ingin mendapat kerang yang banyak dalam sekali saukan.

Yang ni pula Sukaneka bersama keluarga angkat.Hemm, seronok sekali.Hubungan bersama keluarga angkat semakin erat. sambil bermain, dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih mesra.


Sukaneka yang dijalankan melibatkan keluarga angkat. Permainan yang dimain ialah Bola sepak memakai kain pelekat bagi kaum lelaki, ikatan ukhwah bagi kaum perempuan, Kutip gula-gula dalam tepung untuk kanak-kanak dan sambutan kasih sayang yang melibatkan KAMI bersama ahli keluarga angkat.


Aktiviti lain yang menarik yang dapat kami lakukan di sana ialah membuat kraf tangan menggunakan cengkerang. Kami berpeluang membuat kraf sendiri mengikut kreativiti sendiri. Kraf tangan yang paling cantik dan kemas telah dinilai oleh Mak Long dan mendapat hadiah bagi 3 orang pemenang.

Walaupun kraf yang dihasilkan tidaklah berapa cantik,
 namun pengalaman yang ada boleh kami aplikasi 
di rumah sendiri.

3 hari 2 malam di sana sebenarnya tidak puas untuk kami merasai kehidupan dalam masyarakat perkampungan nelayan.namun, dalam masa yang singkat ini sebenarnya banyak perkara yang telah kami pelajari. Malam kebudayaan yang telah diadakan pada malam terakhir di Kuala Gula, penduduk kampung telah mempersembahkan pelbagai persembahan dalam bentuk nyanyian,sketsa dan juga tarian.KAMI juga membuat persembahan nasyid dan qasidah untuk penduduk kampung.melalui persembahan tersebut kami dapat mengetahui kebudayaan dan cara hidup mereka di sana,


Setiap pertemuan ada perpisahan.Perasmian penutup BIG fasa 4 telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG sendiri iaitu Tuan Haji Abd Kadir Bin Basiran. Penyerahan KAMI kepada pihak IPG telah dilakukan dan menandakan program BIG ini sudah selesai.

KAMI pulang ke IPG semula dengan kesedihan tanda berat hati untuk meninggalkan keluarga angkat. Ada juga yang pulang dengan senyum tawa yang ceria.

Sekian sahaja cerita BIG KAMI.
Tahniah sekali lagi.
Terima Kasih.
Wassalam.


Friday, October 14, 2011

Pelajar Terbaik J17

7 Oktober 2011
Anugerah Pengarah
Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh

Seramai 5 orang daripada kelas KAMI 
yang mendapat keputusan yang cemerlang 
dalam pepriksaan semester 1 PISMP yang lalu. 

KAMI mengucapkan tahniah dan syabas kepada

Mohamad Azahari Bin Abdullah
Sayed Ahmad Zulhafiz Bin Abdillah
Nur Alyaa Binti Mahadzir
Zakirah Binti Shafii
dan
Nurfarahin Binti Zainal Abidin

semoga dapat mengekalkan keputusan yang cemerlang ini.
kepada rakan KAMI yang lain, 
teruskan berusaha..! moga anda bakal menerima anugerah ini pada tahun hadapan!


-wajah-wajah cemerlang-


-kegembiraan yang terserlah-

Thursday, October 13, 2011

BIG Fasa 2



boleh tgok kat link ni..

Program Bina Insan Guru Fasa2 ini kami lakukan di Pusat Islam Al-Hidayah 
IPG KAMPUS IPOH. Seramai 18 orang ahli kelas telah bersama2 menjayakan program ini.. 


Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum